Nuff

nuff

Apr 22, 2007

Apa itu HERBALIFE?????

Program Pengurusan Berat Badan Terbaik di Dunia (product nih baru masuk Malaysia 2006)

Herbalife telah membina pasukan pengurusan peringkat atasan yang matlamat utamanya adalah untuk memastikan syarikat menjadi jenama nombor satu pengurusan berat badan dan nutrisi di dunia. Kumpulan penting ini membawa bersamanya pengalaman antarabangsa dan kekayaan kepakaran ke Herbalife. Mereka pernah memegang kedudukan eksekutif dalam beberapa syarikat global yang ulung di dunia.

Kredibiliti Saintifik

Herbalife telah mengumpulkan sebuah pasukan yang terdiri daripada saintis, ahli perubatan dan pakar nutrisi terkenal yang membawa era baru dalam syarikat. Membawanya ke satu tahap yang tiada tandingannya dalam industri dan memperoleh rasa hormat alam komuniti saintifik sedunia.

Kumpulan lelaki dan perempuan yang hebat ini - yang kebanyakannya bersekutu dengan universiti yang cemerlang, berada di belakang produk dan program inovatif Herbalife yang merevolusikan industri pengurusan berat badan dan nutrisi. Produk dan program seperti Niteworks yang dirumuskan oleh Pemenang Hadiah Nobel Dr, Louis Ignarro dan Shapeworks, program pengurusan berat badan peribadi yang dibangunkan menggunakan kajian yang dijalankan oleh Dr. David Heber, salah seorang pakar terkemuka dalam bidang-bidang pengurusan berat badan dan nutrisi, adalah hanya beberapa contoh bagaimana syarikat menerajui bidang pemajuan sains nutrisi.

Herbalife Hari Ini dan Esok

Daripada produk-produk pengurusan berat badan dan nutrisi yang maju dari segi saintifik sehinggalah pendekatan peribadi yang pengedar Herbalife tawarkan kepada para pelanggan mereka, Herbalife sentiasa komited untuk memperbaiki kehidupan dan memberikan inspirasi kepada masa depan melalui formula-formula perintis dan peluang-peluang bisnes berkembang maju. Dengan lebih daripada dua dekad kejayaan dan berjuta-juta pelanggan yang berpuas hati yang berada di belakangnya, Herbalife mencipta dunia yang lebih sihat - satu orang pada satu masa.

No comments: