Nuff

Sticky Note


Please visits : Neuryz for information on Herbalife and other beauty/health products

Purplecat for name cards/wedding cards/door gift/ printing etc

nuff

Feb 10, 2010

Arak dan methanol

Utusan Malaysia Online - Terkini

Hahaha.. Arak tuh orang cakap alkohol kan? Methanol tuh masuk dalam kategori alkohol jugak... sebab dia ada -ol kat belakang  tuh..
Tapi jangan ingat semua yang ada -ol -ol tuh boleh minum yaw! Kan dah kiok... Sudahlah arak itu sendiri memudaratkan.. ( wah tetiba nak bagi tazkirah).

Aku hari-hari pun guna methanol dalam lab ni. Memang macam air aku guna weh. Order pun berbotol-botol. Padahal boleh ja nak recylce balik methanol tuh untuk digunakan semula. Tapi dah malas nak buat proses penyulingan.. Jadi aku guna ja yang baru :P


Methanol ni di bawah kategori Racun Kelas B. So kalau diminum/ termasuk dalam badan/terserap dalam kulit boleh menyebabkan keracunan la. ( dah nama pun racun) hehe.. antaranya menyebabkan buta, mati, etc.

Mangsa-mangsa yang minum Arak mengandungi methanol (refer link news kat atas), akan alami simptom macam nausea, mabuk2 : harus lah dah kau minum arak kan?, kecelaruan dan haruslah kematian kalau terlebih dosage. Sumber juga mengatakan boleh menyebabkan tekanan..(ah mungkin sebab banyak terdedah pada methanol hidup aku sangat bercelaru , kucar-kacir, compang-camping dah sebagainya sekarang) nak jugak salah methanol, padahal aku yang pemalas.

Ok ok.. oleh itu.. bagi peminum-peminum arak sekalian.. belilah yang mahal.. ahahhaa .. macam jahat plak nasihat aku ni.. ok maksudnya di sini.. selaku pengguna perlu bijak memilih ya.. dan.. tak lupa juga.. untuk pengguna-pengguna makmal macam aku ni.. sila utamakan keselamatan... pakai la mask... :D

Feb 9, 2010

Melissa

Sesungguhnya aku langsung tak pernah menonton siri Anime Full Metal Alchemist ni..
Tapi dalam MP3 list aku ada lagu Melissa ni
Kali pertama dengar memang terus menarik dan tertarik
Macam sangat best dan sedap di layan la kan
Jadi mencari-cari youtube video yang penyanyi asalnya menyanyi, maksudnya bukan video clip kartun la.. tapi tak jumpa la pulak.. atau mungkin aku yang tak search exhaustively ( ayat Prof bila suruh aku cari journal/info dalam internet :P)

Jadi layan saja la yang ini



Lepas itu saya mengorek-korek lagi youtube, jumpa plak dengan Ayumi Hamasaki yang ntah kenapa menjadi pujaan orang? Aku pun tidak pasti mungkin sebab dia comel dan memang boleh nyanyi.



yang ini juga adalah best! ada sesiapa lagu boleh cadangkan lagu Anime/Jopun yang best? Aku bukan la penonto Anime. Berangan nak follow Sergeant Keroro pon tak kesampaian.. hahaha.. lawak la katak alien tuh... :D

Sarapan Di Mana?

 

cuba teka air apa???
bagus untuk internal cleansing ni
kalau di amalkan hari-hari
pasti aku awet muda lepas ni
bangun pagi tadi
terus ke dapur untuk minum Herbalife Teamix
rutin harian aku la tuh
tengok ada sikit lagi baki juice ni
aku pun cuba
oh sedap rupanya!
juice ni mama buat every morning untuk abah
bahan-bahannya senang ja
apa sahaja sayur/ buah dalam fridge anda
untuk yang ini, mixture of green apple, carrot ngan daun saderi..
sumpah sedap! tak tipu jugak ni.
mana ada aku kuat menipu kan.
ok
cubala wei.
asik minum coffee ja early morning..
go green yaw! 
eh tetiba go green kan

Feb 8, 2010

Make Up Case

 

saja letak gambar gedik
source : google images



Ok apabila bilik anda sudah tiada lagi almari untuk menyimpan alat-alat solek... Di manakah tempat yang sewajarnya????? Sekarang ni baju semua sudah dihumban ke dalam wardrobe palsu aku.. ( kenapa palsu?) nanti aku expose bila rajin.

Sekarang ni, bila aku dah memunggah semua barang-barang permainan seorang wanita, penuh satu bakul. Itu pun ada aku sudah discard.

So sekarang, aku taburkan saja dalam bakul/tray yang tidak cantik, dan masih tak muat. Jadi sudah berangan mahu cari make up case/box yang boleh kulemparkan segalanya dalam itu termasuk la segala jenis serum rambut/deodorant/perfumes etc. jadi bila buka kotak ajaib tuh semua adalah! tayah lagi aku tercari-cari/terkorek-korek barang aku.

Hurmmm mari mulakan sesi berangan di petang hari....(aih patutnya pegi bersenam ni.. tapi stuck depan pc jugak.. membosankan betullah)


 

yang ini cantikkan? snow white namanya.
tapi macam kecil sekali

 


yang ini dari OPI. OPI nail color. 
semestinya untuk nail paints kan. 
tapi tertarik dengan drawer yang bawah tuh

kalau aku beli pro train case tuh agak-agak ok tak? hehe..semua boleh sumbat kot???? tapi mesti mahal kan... dah la tengah ekonomi meleset ni. lagi nak membazir.. susah-susah aku biar jer la dalam bakul tu...
hehehehe


kihkihkih.. pemalas... 
berterabur ja....:P
mug-mug percuma/gift menjadi mangsa
untuk aku letakkan segala lipsticks/brushes/etc
itu jer la yang mampu wei...
berangan sangat la nak bilik macam bilik Amber Chia kan..
dia siapa aku siapa... dia tuh kurus separuh dari aku.. 
tinggi pun aku separuh dari dia..
(eh yaka? bukan linda cakap sama tinggi ngan dia jer ka?)



Feb 7, 2010

Have a Break, Have a Kit Kat


sangat la suka ini iklan

Yeh! Yeh ! Yeh !

Muka perempuan tu sikit pun tak ikhlas

Yer la kerja kuat kan

Bila tak ada rehat macam tu la jadinya

ada lagi satu advertisement Kit Kat
yang dekat checkout counter tuh..

scan items pakai gigi tuh..

tapi tak jumpa plak..

lawak btollah..

tapi yang karaoke machine ni terbaik la

 
Blog Template by suckmylolly.com